SUSPEK. FOTO Nor Farhani Che Ad
SUSPEK. FOTO Nor Farhani Che Ad
Nor Farhani Che Ad


DUA lagi individu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes lelaki yang ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman dalam kereta di Taman Bandar Baru, di Sungai Petani, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah berkata, salah seorang suspek adalah anak mangsa berusia 17 tahun yang ditahan di Bayan Lepas, Pulau Pinang, semalam.

Katanya, seorang lagi suspek berusia 29 tahun ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, semalam.

“Kedua-dua suspek direman lima dan enam hari bermula hari ini.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Savinder turut melanjutkan tempoh reman antara lima hingga enam hari bermula esok kepada tiga suspek lain bagi membantu siasatan kes sama.

Isnin lalu, NSTP melaporkan A Muniady, 41, ditemui mati oleh orang awam di dalam kereta Nissan Grand Livina berwarna putih di bahu jalan.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki termasuk abang ipar tiri mangsa.

Suspek direman lima hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pembunuhan dipercayai akibat tidak puas hati berkaitan hutang.

Berita berkaitan

Mangsa bunuh berhutang RM80,000

Dibunuh angkara hutang?

[UPDATE] Tiga termasuk abang tiri ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 2:01 PM