LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Mohd Fahmi Mohd Yusof


IBU kandung kepada budak lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu tiri, membuat laporan polis di Johor Bahru, hari ini.

Wanita berkenaan membuat laporan itu Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), kira-kira 6 petang.

Difahamkan, wanita itu turut membuat laporan berhubung adik mangsa, berusia tiga tahun, yang dipercayai turut didera.

Kanak-kanak itu kini stabil dan ditempatkan di wad khas kanak-kanak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Mohd Afzanizam Yahaya, ketika dihubungi NSTP mengesahkan perkara itu.

"Sedang buat (laporan) dan saya akan maklumkan kemudian (menerusi kenyataan media)," katanya.

Sebelum ini, NSTP melaporkan budak lelaki berusia lima tahun maut selepas disyaki menjadi mangsa dera ibu tirinya di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

Mangsa sebelum itu dipercayai pengsan ketika dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor di wad kecemasan hospital berkenaan.

Pagi tadi, polis mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan hentakan benda tumpul.

Bapa dan ibu tiri kanak-kanak itu kini direman selama tujuh hari sehingga 2 Januari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Berita berkaitan

Ibu tiri, bapa kandung direman

Budak maut didera ibu tiri

Kes dera: Maut akibat hentakan benda tumpul

Adik mangsa pun disyaki didera

'Terima kasih kariah Ulu Tiram'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Disember 2018 @ 8:28 PM