K Palanisamy. FOTO Arkib NSTP
K Palanisamy. FOTO Arkib NSTP
BERNAMA

TAHAP kesedaran penjawat awam di negara ini terhadap kepentingan memiliki perlindungan takaful dan insurans masih rendah biarpun pelbagai program kesedaran dan pendidikan dilakukan.

Pengarah Urusan Medicare Assistance Sdn Bhd (Medicare), K Palanisamy berkata, kebanyakan penjawat awam memberikan alasan tidak mampu sedangkan kadar harga premium bagi perlindungan takaful hanya serendah RM6 sebulan.

Beliau berkata, ada dalam kalangan penjawat awam hanya melanggan produk takaful selama setahun sahaja sebelum menghentikan langganan bagi membolehkan mereka membuat pinjaman peribadi di bank.

“Sebagai contoh, Medicare dengan kerjasama CUEPACS memperkenalkan produk takaful penghospitalan CUEPACSCare sejak 1999 khas untuk penjawat awam tetapi hanya mempunyai kira-kira 80,000 pemegang polisi saja.

“Menerusi CUEPACSCare penjawat awam ditawarkan takaful penghospitalan dan pembedahan serendah RM32, manakala RM6 bagi takaful kemalangan diri CUEPACS PA yang memberi pampasan sehingga RM220,000.

“Setiap bulan pula hampir 100 permohonan diterima bagi membatalkan polisi takaful itu. Antara alasan utama adalah mereka mahu membuat pinjaman peribadi dan perlu membatalkan polisi bagi membolehkan pinjaman diluluskan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Disember 2018 @ 10:47 PM