REMAJA perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di sekitar Padang Jawa, dekat sini, semalam. FOTO Ihsan Bomba
REMAJA perempuan terpaksa menahan kesakitan hampir sejam apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di sekitar Padang Jawa, dekat sini, semalam. FOTO Ihsan Bomba
Iskandar Shah Mohamed


REMAJA perempuan terpaksa menahan azab hampir sejam apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di sekitar Padang Jawa, Shah Alam, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 15 tahun tergelincir sebelum kakinya terperosok ke dalam lubang berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerusi sepasukan tujuh anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 12.10 tengah hari.

“Setibanya di lokasi kejadian, remaja itu didapati berada dalam keadaan terduduk dengan kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas terbabit.

“Anggota kita kemudian bertindak memecahkan sebahagian mangkuk tandas itu dengan menggunakan peralatan khas untuk

mengeluarkan kaki mangsa,” katanya di Shah Alam, hari ini.

Kata Azmel, operasi itu dijalankan pihaknya dengan penuh berhati-hati bagi mengelak berlaku kecederaan serius ke atas mangsa.

“Kaki remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius sejurus selesai operasi berkenaan,” katanya memaklumkan operasi berakhir 12.58 tengah hari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Disember 2018 @ 4:05 PM