GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ibrahim Isa


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan tiga peniaga lelaki bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah, semalam.

Hasil siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai memberi rasuah sebanyak RM1,500 kepada Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred Perniagaan dan Industri (MPK) 2017.

Sabit kesalahan, boleh dikompaun RM1,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Kesemua suspek berusia antara 40-an hingga 60-an ditahan di Pejabat SPRM Kluang kira-kira jam 8 malam.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, sabit kesalahan boleh didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 2:52 PM