KEADAAN empat kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuang-Kuala Selangor, Sungai Buloh, petang semalam. FOTO Ihsan pembaca.
KEADAAN empat kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuang-Kuala Selangor, Sungai Buloh, petang semalam. FOTO Ihsan pembaca.
Faris Fuad


EMPAT kenderaan termasuk dua lori membawa muatan tanah dan sampah terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuang-Kuala Selangor, Sungai Buloh, semalam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden 2.15 petang itu, sebaliknya hanya membabitkan kerosakan kenderaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S Somu, berkata kemalangan berpunca daripada pemandu lori tanah yang gagal mengawal brek ketika menunggu lampu isyarat hijau di lokasi kejadian.

“Kegagalan mengawal brek menyebabkan lori itu berundur ke belakang dan terlanggar bahagian depan lori sampah.

“Lori sampah itu menggelungsor ke belakang dan melanggar Perodua Myvi dan Myvi itu terseret terkena Toyota Estima," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018 @ 12:29 AM