LOKASI kejadian. FOTO Ihsan Bomba
LOKASI kejadian. FOTO Ihsan Bomba
Ifwan Tun Tuah


HUJAN lebat selama beberapa jam sejak petang semalam mengakibatkan tanah runtuh di Kampung Pelangai Hilir di Kuala Pilah, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Khairel Anuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.14 pagi dan sebuah jentera dengan lima anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati sebahagian lereng bukit di belakang sebuah rumah di kampung itu runtuh menyebabkan bahagian dapur rumah berkenaan roboh.

"Bagaimanapun semua penghuni tidak mengalami kecederaan," katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 November 2018 @ 9:27 AM