LANGKAWI, 20 Okt - Tun Dr Mahathir meluangkan masa kira-kira 15 minit ketika melawat Air Terjun Temurun Langkawi hari ini. Foto - BERNAMA
LANGKAWI, 20 Okt - Tun Dr Mahathir meluangkan masa kira-kira 15 minit ketika melawat Air Terjun Temurun Langkawi hari ini. Foto - BERNAMA
M Hifzuddin Ikhsan dan Petah Wazzan Iskandar dan Hamzah Osman

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa peladang, penternak dan nelayan mengubah cara mereka bekerja, sekali gus meningkatkan hasil pengeluaran dan mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan.

Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak lagi boleh terus bergantung kepada bekalan makanan daripada negara lain yang pastinya menuntut kos kewangan lebih tinggi pada masa hadapan.

“Kita patut mencontohi China yang mempunyai 1.4 billion penduduk, namun berjaya menghasilkan makanan mencukupi terutama beras bagi kegunaan rakyatnya.

“Ini menunjukkan mereka mempunyai teknologi canggih dan membuat kajian sepanjang masa bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang banyak,” katanya pada sidang media selepas Program Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan di sini, Langkawi, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

LANGKAWI, 20 Okt - Tun Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali melawat Air Terjun Temurun Langkawi hari ini.Dr Mahathir  dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berada kira-kira 15 minit menikmati keindahan air terjun itu - Foto BERNAMA

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau yakin Malaysia mampu meningkatkan hasil pengeluaran pertanian, namun perlu menggunakan kaedah saintifik dan efisien seperti yang diterokai negara lain.

“Jepun sebagai contoh tidak mempunyai kawasan tanaman padi yang luas, tetapi mampu

keluarkan hasil lebih dua kali setahun.

“Antara cara pengeluaran yang patut pesawah kita lakukan adalah mencantumkan sawah kecil dan menjadikannya ladang besar agar penjagaan lebih rapi dapat dilakukan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Oktober 2018 @ 5:51 PM