MARUDI 16 OKTOBER 2018 (SWK378C). Orang ramai mengerumuni mangsa yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lapok, Marudi. NSTP/IHSAN PDRM
MARUDI 16 OKTOBER 2018 (SWK378C). Orang ramai mengerumuni mangsa yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lapok, Marudi. NSTP/IHSAN PDRM
Mohd Rizal Abdullah


PEMANDU pikap Isuzu Dmax yang melanggar mati dua kanak-kanak perempuan di Jalan Bakong di Marudi, semalam, sudah ditahan polis.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Marudi, Inspektor G.Visvanatan berkata, lelaki itu ditahan semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi.

Bagaimanapun katanya, lelaki berusia 28 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan.

“Sampel darah lelaki terbabit juga sudah diambil bagi ujian kandungan alkohol dan dadah,” katanya.

Katanya, tempoh masa keputusan dan pengurusan kes mengambil masa tiga bulan sebelum lelaki terbabit dapat didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, dua kanak-kanak perempuan terbunuh dalam kemalangan di Jalan Bakong berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lapok.

Dalam kejadian pada 10.35 pagi itu, mangsa Carin Tigan, 10 dan anak saudaranya, Monica Ubong, 3, dirempuh pemandu terbabit ketika melintas jalan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan kritikal sebelum mereka disahkan meninggal dunia ketika dirawat di klinik Beluru tidak lama kemudian.

Berita berkaitan:

Ajal ibu, anak saudara melintas jalan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Oktober 2018 @ 5:07 PM