PESAKIT keluar dari hospital selepas panik dengan gegaran. FOTO Reuters/ ANTARA Foto
PESAKIT keluar dari hospital selepas panik dengan gegaran. FOTO Reuters/ ANTARA Foto
BERNAMA

GEMPA bumi bermagnitud 6.0 melanda Pulau Bali, Indonesia pada awal pagi hari ini.

Pusat gempa ialah di Laut Bali kira-kira 40 kilometer daripada penghujung timur Pulau Jawa, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Bali adalah tuan rumah kepada mesyuarat tahunan pegawai tertinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dihadiri 12,000 hingga 15,000 peserta dan acara sampingan Perhimpunan Pemimpin ASEAN (ALG).

Gempa bumi itu mengakibatkan penghuni dan pengunjung pulau peranginan itu panik sebentar, tetapi tiada kerosakan besar atau ancaman tsunami dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 9:29 AM