GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Faris Fuad


LELAKI tempatan ditemui maut selepas ditikam di kediamannya di Taman Sri Murni, Selayang, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, mangsa berusia 48 tahun itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat selepas ditikam kira-kira 5 pagi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Maklumat lain termasuk punca dan suspek terbabit kes itu akan diberitahu kemudian,” katanya pada NSTP, hari ini.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa mempunyai empat adik-beradik termasuk seorang yang mempunyai masalah mental.

“Setahu saya, ibu mereka meninggal dunia awal tahun ini.

“Mereka banyak buat hal sendiri, saya tidak pernah dengar mereka bergaduh dengan jiran lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Oktober 2018 @ 2:02 PM