Caption<MOHD Isa (tengah) mengucapkan takziah kepada Othman (dua kanan) ketika menziarah ahli keluarga mangsa di Taman Jaya Lukut, Port Dickson, hari ini. FOTO Hazreen Mohamad
Caption<MOHD Isa (tengah) mengucapkan takziah kepada Othman (dua kanan) ketika menziarah ahli keluarga mangsa di Taman Jaya Lukut, Port Dickson, hari ini. FOTO Hazreen Mohamad
Ifwan Tun Tuah


BEKAS Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, meluangkan masa menziarah keluarga Allahyarham Adnan Othman, 33, yang terkorban dalam operasi menyelamat seorang remaja di Puchong, malam semalam.

Mohd Isa yang juga calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson tiba di Taman Jaya Lukut, Port Dickson jam 10.15 pagi dan memberikan kata-kata semangat kepada bapa mangsa Othman Surati, 69, yang kelihatan sebak.

Ketika ditemui berkata, Mohd Isa menzahirkan simpatinya atas kehilangan anggota keluarga itu dan menyanjung tinggi pengorbanan mangsa yang terkorban dalam operasi menyelamatkan orang lain.

“Bapa mangsa adalah ahli UMNO Bahagian Teluk Kemang (kini Port Dickson) dan saya kenal keluarga ini.

“Saya hadir atas rasa hormat kepada mereka,” kata bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu yang meluangkan kira-kira 15 minit di rumah keluarga berkenaan.

Adnan yang juga anggota Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) terkorban bersama lima rakannya dalam operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong di Puchong, jam 9.15 malam semalam.

Lagi berita berkaitan Tragedi 6 Bomba Lemas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 12:16 PM