OTHMAN (kanan) berbincang dengan Zulkarnain di chalet pantai Lereh, Tanjung Kling.
OTHMAN (kanan) berbincang dengan Zulkarnain di chalet pantai Lereh, Tanjung Kling.
Hassan Omar

Melaka: “Saya fikir tiada lagi cahaya dalam hidup kami sekeluarga, tetapi Allah Maha Pengasih memberi peluang kepada kami untuk menikmati sinar matahari pada hari ini dan esok.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu. Jika sebelum ini, kami terpaksa tidur beralaskan papan, sekarang dapat menikmati tilam empuk,” kata Zulkarnain Abdullah, 43, yang ‘diselamatkan’ daripada menjadi gelandangan di sebuah projek perumahan terbengkalai di Lereh, Tanjung Kling, di sini.

Bekas anggota komando Kem Sungai Udang itu berkata, sejak kelmarin, dia dan isteri, Nur Sujaihah Abdul Ghani, 40, serta dua anak mereka, Arfan dan Dian masing-masing berusia tiga serta enam tahun hidup lebih selesa selepas ditempatkan sementara di sebuah chalet di Pantai Lereh.

Zulkarnain berkata, mereka sekeluarga terpaksa menumpang teduh di bangunan itu sejak dua bulan lalu selepas berpindah dari rumah sewa di Pokok Mangga akibat kesukaran menjelaskan sewa.

Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, Ali Hassan Ahmad Shamsuddin berkata, beliau dan Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Lereh, Othman Hassan dibantu pelbagai agensi kerajaan berusaha mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa untuk Zulkarnain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 12:03 PM