CALON PT3 disediakan serapan pagi sebelum menjalani peperiksaan di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
CALON PT3 disediakan serapan pagi sebelum menjalani peperiksaan di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


SERAMAI 187 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yam Tuan Radin di Port Dicksin, disajikan sarapan percuma setiap hari sepanjang PT3 berlangsung.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohamad Yusof berkata, sarapan disediakan ibu bapa sendiri sebagai satu sokongan moral kepada pelajar yang menduduki peperiksaan hari ini.

"Usaha sediakan sarapan ini dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan tahun ini diteruskan hasil perbincangan sebahagian ibu bapa dalam Sarana sekolah.

"Kita mahu anak-anak masuk dewan peperiksaan dalam selesa selepas bersarapan kerana mungkin ada yang tidak sempat sarapan di rumah.

"Jadi inisiatif menyediakan sarapan amat tepat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang calon peperiksaan itu, Mohd Adam Abdullah, 15, dia gembira kerana dapat bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

"Memang saya dari rumah pagi tadi tidak sempat sarapan kerana takut lewat ke sekolah.

"Terima kasih kepada mereka yang menyediakan sarapan percuma untuk semua calon PT3,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Oktober 2018 @ 11:28 AM