TENGKU Hassanal (tengah) bergambar dengan pemenang keseluruhan pada Majlis Perasmian penutup Kejohanan Terjun Tertutup ATM 2018. FOTO Muhd Asyraf Sawal
TENGKU Hassanal (tengah) bergambar dengan pemenang keseluruhan pada Majlis Perasmian penutup Kejohanan Terjun Tertutup ATM 2018. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Shahrinnahar Latib


PASUKAN payung terjun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dinobatkan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Payung Terjun Tertutup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2018 yang berakhir di Kuantan, hari ini.

Pertandingan berlangsung sejak 21 September lalu di padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 (MPK4) itu disertai 176 penerjun daripada 11 pasukan.

Majlis penutup kejohanan disempurnakan Panglima Markas Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Abu Bakar Mohd Ajis.

Turut hadir putera sulung Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Tengku Abdullah.

ANTARA peserta Kejohanan Terjun Tertutup ATM 2018  'Pahang Parachute Challenge 2018' di Padang MPK 4, Kuantan. FOTO Muhd Asyraf Sawal
ANTARA peserta Kejohanan Terjun Tertutup ATM 2018 'Pahang Parachute Challenge 2018' di Padang MPK 4, Kuantan. FOTO Muhd Asyraf Sawal

Sementara itu, Abu Bakar ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup kejohanan itu berkata, penganjuran kejohanan itu berjaya mencapai objektifnya iaitu meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

"Ia juga secara tidak langsung mampu meningkatkan disiplin anggota tentera yang mengambil bahagian. Saya bersyukur kerana sepanjang kejohanan tiada kecederaan serius yang dilaporkan," katanya.

Kejohanan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000 itu turut disertai pasukan penerjun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 September 2018 @ 7:26 PM