Mohd Hafizee Mohd Arop


HUJAN lebat selama beberapa jam menyebabkan berlakunya limpahan air di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sempadan Perak-Pahang selepas terowong sehingga mengakibatkan tembok batu penghadang air di laluan berkenaan runtuh.

Difahamkan, kejadian pada 2.45 petang itu menyebabkan kuantiti air yang banyak dan laju seperti air terjun turun dari kawasan tebing bukit ke bahagian bawah hingga mengakibatkan laluan di itu terhalang dan berlakunya kesesakan di kedua-dua arah.

Sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands kini berada di lokasi kejadian bagi memantau keadaan.

Sehingga 4.45 petang ini, bomba sedang melakukan kerja-kerja pengalihan batu tembok penghadang air yang pecah dan bertaburan di atas jalan bagi membolehkan kenderaan melalui semula laluan itu.

Pada ketika ini, hanya satu lorong dibuka kepada kenderaan manakala satu lagi ditutup untuk kerja-kerja pembersihan.

Berita lanjut menyusul...

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 5:18 PM
LIMPAHAN air susulan hujan lebat selama beberapa jam di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sempadan Pahang -Perak. FOTO Ihsan Pembaca
LIMPAHAN air susulan hujan lebat selama beberapa jam di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sempadan Pahang -Perak. FOTO Ihsan Pembaca