TERTUDUH dibawa ke mahkamah, hari ini. FOTO Ghazali Kori
TERTUDUH dibawa ke mahkamah, hari ini. FOTO Ghazali Kori
Fitri Nizam

SEORANG wanita mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, hari ini, atas tuduhan persediaan untuk melacurkan diri di sebuah resort di Kuala Terengganu, pertengahan bulan ini.

Wanita berstatus janda berusia 45 tahun dan berasal dari Johor membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 10 Oktober depan sebagai tarikh jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, wanita itu ditahan dalam serbuan di sebuah resort bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya, kira-kira 11 malam, 19 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kahzmizan Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Fazru Anuar Yusof.

Kamalruazmi kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan dua penjamin yang mana salah seorang penjamin perlu terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 September 2018 @ 2:20 PM