Syalikha Sazili

TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara.

Perdana Menteri yang mengenakan persalinan lengkap baju Melayu ungu, tiba pada 8.10 pagi sebelum menyertai jemaah di dewan solat utama.

Beliau turut diiringi isterinya, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad, turut menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha sebagai manifestasi penyerahan kepada pencipta’.

Beliau menyeru supaya umat Islam bertawakal kepada Allah SWT, sekali gus menjadikan masyarakat berkasih sayang.

"Kita perlu berserah diri dan bergantung kepada Allah SWT.

"Dengan ujian yang diberikan memperlihatkan kebergantungan kepadaNya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 8:59 AM
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunaikan solat hari raya Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syeh Ismail Mohamad di Masjid Negara, Kuala Lumpur. FOTO Syarafiq Abd Samad