KAWASAN hutan dan belukar seluas hampir dua hektar di Jalan Kuching berhampiran susur ke Bulatan Segambut, Kuala Lumpur, terbakar, malam tadi.  FOTO Ihsan Bomba
KAWASAN hutan dan belukar seluas hampir dua hektar di Jalan Kuching berhampiran susur ke Bulatan Segambut, Kuala Lumpur, terbakar, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


KAWASAN hutan dan belukar seluas hampir dua hektar di Jalan Kuching berhampiran susur ke Bulatan Segambut, Kuala Lumpur, terbakar, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.56 malam.

"Seramai 32 pegawai dan anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, BBP Sri Hartamas dan BBP Sentul selain anggota bomba sukarela dari BBP Bukit Bintang serta Kepong Batu dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api sedang marak dan merebak menghampiri bangunan Kompleks Mahkamah Jalan Duta membabitkan keluasan hampir dua hektar kawasan hutan serta belukar berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Khirudin berkata, kebakaran turut membabitkan papan iklan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

"Kami mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran itu.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 12:40 PM