MUKHRIZ. FOTO Syarafiq Abd Samad
MUKHRIZ. FOTO Syarafiq Abd Samad
Rafidah Mat Ruzki


HAMPIR seminggu berkempen, nama-nama besar mulai singgah ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis untuk sama-sama membantu calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

Jika malam tadi menyaksikan Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berada di atas pentas sama, hari ini Barisan Nasional (BN) juga tidak ketinggalan.

Biarpun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti, bekas presiden UMNO juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan turun padang bersama-sama memberi sokongan moral kepada calon BN, Datuk Lokman Noor Adam.

Najib dijadualkan memulakan siri lawatan bersama calon jam 8.30 pagi dengan bersarapan di Command Center BN bersama-sama Lokman sebelum melawat ke 10 rumah pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kandis.

Beliau juga dijadualkan makan tengah hari di rumah Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebelum solat di Masjid Al-Muhsinin, Kampung Sungai Kandis.

Pada masa sama, calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni pula dikatakan mula keluar dari kawasan Jalan Kebun untuk berkempen di lokasi lain dalam DUN Sungai Kandis.

Memulakan kempen dengan bersarapan bersama-sama pengundi, Mohd Zawawi akan hadir pada sidang media harian di Bilik Gerakan Utama bagi menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan.

PRK Sungai Kandis diadakan selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pertembungan tiga penjuru menanti pada PRK Sungai Kandis antara calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Lokman yang mewakili BN manakala K Murthy bertanding sebagai calon Bebas.

Pada PRU-14, kerusi Sungai Kandis menyaksikan pertembungan empat penjuru apabila Mat Shuhaimi mempertahankan kerusinya dengan mengalahkan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari, Mohd Yusof Abdullah mewakili PAS manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hanafiah Husin. Mat Shuhaimi memenangi 23,998 undi, dengan majoriti undi sebanyak 12,480, mengalahkan Kamaruzzaman (11,518 undi, Mohd Yusof (7,573 undi) dan Hanafiah yang

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Julai 2018 @ 9:17 AM