SUSPEK ditahan selepas cuba melarikan barangan dari pasar raya dan  dibawa ke Balai Polis Pusat Miri. FOTO Ihsan PDRM
SUSPEK ditahan selepas cuba melarikan barangan dari pasar raya dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri. FOTO Ihsan PDRM
Mohd Rizal Abdullah


GAYA bersahaja lelaki yang cuba melarikan barangan dari pasar raya tidak menjadi apabila ditahan pengawal keselamatan bertugas di premis berkenaan di Permyjaya, Miri, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, suspek berusia lingkungan 30-an ditahan selepas mencuri minyak wangi, biskut dan coklat dianggarkan bernilai RM60.

Sumber memberitahu NSTP, suspek dikatakan keluar dari pasar raya berkenaan tanpa membuat sebarang bayaran selepas mengambil barangan itu.

Bagaimanapun, perbuatan suspek disedari pekerja pasar raya itu yang kemudiannya melaporkannya kepada pengawal keselamatan

"Suspek berjaya ditahan sebelum sempat keluar dari pasar raya berkenaan. Hasil pemeriksaan menemui minyak wangi, biskut dan coklat di dalam seluar suspek," katanya.

Katanya, suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian itu dan kes sedang disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Julai 2018 @ 3:56 PM