KEADAAN mangsa yang ditimpa pokok rumbia ditebangnya di Kampung Tanam, Dalat.
KEADAAN mangsa yang ditimpa pokok rumbia ditebangnya di Kampung Tanam, Dalat.
Manorza Saraev

Mukah: Seorang pencari rumbia menemui ajal selepas ditimpa pokok yang ditebangnya di Kampung Tanam, Dalat di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, Sia Yuk Kwong, 47, yang menebang pokok berkenaan gagal berada di tempat selamat ketika ia tumbang.

Lebih menyedihkan apabila mangsa dikatakan tersadung lalu tersungkur ketika cuba berlari ke tempat selamat sebelum ditimpa pokok ditebangnya itu.

Kesan hentakan kuat menyebabkan kepala mangsa pecah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Dalat Deputi Suprintendan Roslan Leman ketika dihubungi mengesahkan kejadian..

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dalat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Julai 2018 @ 1:40 PM