LAPORAN portal  berita Harian Metro, semalam mengenai Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia ketika dirawat di SJMC, 11.10 pagi semalam.
LAPORAN portal berita Harian Metro, semalam mengenai Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia ketika dirawat di SJMC, 11.10 pagi semalam.
Dawn Chan


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor sudah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi DUN Sungai Kandis ekoran kematian penyandang, Mat Shuhaimi Shafiei.

Speaker Ng Suee Lim berkata, beliau sudah menulis surat rasmi memaklumkan kekosongan itu, hari ini.

“Saya sudah menerima satu salinan sijil kematian daripada keluarga Allahyarham Shuhaimi. Pada 1 tengah hari tadi, pejabat saya menghantar surat berkenaan dengan tangan ke pejabat SPR di Putrajaya.

“Dalam surat itu, saya memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan tidak dijangka pada kerusi N49 Sungai Kandis,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Shuhaimi yang juga wakil rakyat tiga penggal di Sungai Kandis (sebelum ini dikenali sebagai Seri Muda) meninggal dunia pada usia 50 tahun, 11.10 pagi semalam.

Beliau meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) akibat kanser limfoma.

Allahyarham yang juga bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor, meninggalkan dua balu dan enam anak.

Berita berkaitan

'ADUN Sungai Kandis sudah tiada... [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 6:25 PM