GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Faris Fuad


SUSPEK lelaki dipercayai menikam kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga maut di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong, di Kuala Lumpur, minggu lalu, akan dituduh di mahkamah, Isnin depan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, suspek itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Persoalan lokasi mahkamah suspek akan didakwa, kita hanya akan mengetahuinya Isnin depan," katanya menerusi WhatsApp, hari ini.

Pada 18 Jun lalu, mangsa ditikam suspek berkenaan dengan kira-kira 30 kesan tikaman di badan.

Difahamkan, mangsa tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital swasta di Desa Park City Kepong, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga saudara kepada kanak-kanak itu di tempat kejadian.

Berita berkaitan:

Budak maut ditikam 30 kali

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Jun 2018 @ 3:34 PM