Raja Noraina Raja Rahim


PENOLONG Jurutera Awam Jabatan Kerja Raya (JKR) Seremban direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM18,000.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Khairi Abdul Karim.

Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan terhadap lelaki berusia 42 tahun terbabit dilakukan mengikut Seksyen Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, lelaki berkenaan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, jam 3.30 petang semalam.

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun beramah mesra dengan peniaga ketika melawat Pasar Besar Seremban. Foto STR/ADZLAN SIDEK.
MENTERI Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun beramah mesra dengan peniaga ketika melawat Pasar Besar Seremban. Foto STR/ADZLAN SIDEK.

Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM18,000 secara berperingkat antara Januari 2012 dan Mei 2013 daripada pengarah sebuah syarikat sebagai balasan mempercepatkan urusan memperakukan kerja yang dijalankan syarikat berkenaan.

Syarikat itu dilantik sebagai kontraktor untuk melaksanakan projek pembinaan Dewan Badminton di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau yang bernilai lebih RM2 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 3:48 PM