MAYAT mangsa lemas ketiga, Beh Chun Hui dijumpai tidak jauh dari jeti Kuala Sepetang selepas bot dinaiki bersama bapa dan rakannya dipercayai karam ketika menangkap ikan di perairan Kuala Sepetang. FOTO L.Manimaran
MAYAT mangsa lemas ketiga, Beh Chun Hui dijumpai tidak jauh dari jeti Kuala Sepetang selepas bot dinaiki bersama bapa dan rakannya dipercayai karam ketika menangkap ikan di perairan Kuala Sepetang. FOTO L.Manimaran
Zahratulhayat Mat Arif


SEORANG lagi mangsa lemas selepas bot dinaiki dikhuatiri karam dalam kejadian di Kuala Sepetang, Taiping, ditemui 11.54 pagi, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira tiga kilometer dari jeti Kuala Sepetang.

"Kami percaya kejadian bot karam ini berlaku kerana angin kuat yang menyebabkan bot mereka terbalik dan karam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa yang juga berada di tempat kejadian dilihat tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat mayat satu-satunya anak lelakinya, dibawa ke jeti.

Hari ini Harian Metro melaporkan wanita membuat laporan polis hari ini mengatakan suaminya Beh Liang Tik, 49, bersama anak lelakinya Beh Chun Hui, dan kawan anaknya Low Eng Chuan tidak pulang selepas ke luar ke laut menangkap ikan sejak Selasa lalu.

Mereka keluar ke laut kira-kira 10 pagi Selasa lalu untuk menangkap ikan di kawasan perairan Kuala Sangga, dekat sini dengan menaiki bot gentian.

Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan membabitkan Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh dan polis Kuala Sepetang selain dua bot nelayan awam serta agensi lain termasuk bomba.

Berita berkaitan:

2 lemas, 1 hilang

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 2:14 PM