Azlan Man (kanan) menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada rakyat negeri Perlis di Dewan 2020 di Kangar. FOTO Hafizudin Mohd Safar
Azlan Man (kanan) menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada rakyat negeri Perlis di Dewan 2020 di Kangar. FOTO Hafizudin Mohd Safar
Muhammad Mustakim Ramli


KERAJAAN Perlis mengumumkan pemberian bantuan khas RM400 untuk penjawat awam dan RM200 pesara, sempena Aidilfitri.

Ia membabitkan peruntukan sejumlah RM485,200 kepada 1,223 penjawat awam peringkat negeri.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Azlan Man, berkata jumlah bantuan khas berkenaan sama seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan iaitu RM400 untuk penjawat awam dan RM200 pesara.

“RM400 itu merangkumi staf tetap dan kontrak, selain penjawat awam yang meninggal dunia pada tahun ini juga turut diberi bantuan yang sama kepada warisnya.

“Ia akan diuruskan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam tempoh terdekat dan kita akan usahakan sebelum Aidilfitri ini,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Bulan Ramadan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer.

Pada majlis berkenaan, seramai 1,531 penerima menerima bantuan sebanyak RM150 seorang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Jun 2018 @ 1:32 PM