KEADAAN sebuah rumah yang terbakar di Kuala Juru, Bukit Mertajam, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
KEADAAN sebuah rumah yang terbakar di Kuala Juru, Bukit Mertajam, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Hadzlihady Hassan


DUA beranak melecur dalam kebakaran di sebuah rumah di Kuala Juru, Bukit Mertajam, hari ini.

Dalam kejadian pada 8 malam itu, wanita berusia 31 dan anak perempuannya berusia lima tahun dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.

Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Naffis Ariff Abdullah berkata, kebakaran berpunca daripada api di bahagian dapur yang menyambar tong berisi petrol.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada 8.20 malam dan sebaik tiba didapati api sudah dipadamkan oleh penghuni rumah terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa sedang memasak sebelum api menyambar tong berisi petrol.

“Api merebak lalu turut menyambar sofa serta dinding rumah yang diperbuat daripada papan,” katanya.

Katanya, dua beranak terbabit melecur pada badan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Jun 2018 @ 11:38 PM