KILANG memproses ayam ayam hangus dalam kebakaran di Taman Perindustrian Utama, Pekan Nenas, Pontian awal pagi hari ini. FOTO ihsan bomba.
KILANG memproses ayam ayam hangus dalam kebakaran di Taman Perindustrian Utama, Pekan Nenas, Pontian awal pagi hari ini. FOTO ihsan bomba.
Izlaily Nurul Ain Hussein


SEBANYAK 9,000 ayam sempat diselamatkan dalam kebakaran kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Utama di Pontian, awal pagi hari ini.

Kilang menempatkan tempat penyembelihan dan reban itu terbakar keseluruhannya.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nenas, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi sebelum menghantar dua jentera dengan sembilan anggota ke lokasi kebakaran.

“Kami turut mendapatkan bantuan masing-masing sebuah jentera daripada BBP Pontian Baru bersama enam anggota dan BBP Pontian dengan lima anggota.

“Ketika kejadian, terdapat 10 orang pekerja dan beberapa warga asing di premis, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sehingga kini, operasi masih dijalankan di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum dapat memastikan berapa banyak ayam mati akibat kejadian terbabit, selain anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, kilang itu mula beroperasi sejak awal 2016 hingga kini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mei 2018 @ 2:44 PM