BOMBA mengusung mayat mangsa. FOTO Ihsan Bomba
BOMBA mengusung mayat mangsa. FOTO Ihsan Bomba
Junaidi Ladjana


WANITA warga emas maut terkena renjatan elektrik ketika cuba mengalihkan kabel yang terputus di pokok sawit berhampiran rumahnya di Kampung Nukahan, di Beaufort, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.25 pagi itu, Norkiah Majid, 76, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohamad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.30 pagi dan menghantar 12 anggota ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kita dapati mangsa terkena renjatan elektrik di luar kawasan rumahnya dan akibatnya, wanita itu meninggal dunia.

“Anggota bomba menyerahkan mangsa kepada keluarganya" katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 11.01 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mei 2018 @ 7:08 PM