Mohd Sabran Md Sani


PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, 11.48 pagi hari ini.

Pertemuan itu bagi membincangkan pelantikan Menteri Besar baharu dan memohon perkenan pembentukan Kerajaan Negeri Johor di bawah pentadbiran PH.

PH akan menyerahkan tiga nama sebagai calon Menteri Besar kepada Sultan Johor untuk dipertimbangkan.

Ia susulan titah Sultan Ibrahin supaya pakatan memberikan tiga nama untuk jawatan Menteri Besar Johor.

MUHYIDDIN pada sidang media di Bukit Aman, hari ini. FOTO Asyraf Hamzah
MUHYIDDIN pada sidang media di Bukit Aman, hari ini. FOTO Asyraf Hamzah

Terdahulu kenderaan rasmi yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki Istana Pasir Pelangi pada 11.48 pagi.

Kehadiran pemimpin utama PH Johor itu dirakamkan jurugambar dan wartawan yang sedia menunggu di laluan masuk istana itu pada 11 pagi ini.

Turut kelihatan, Tunku Mahkota Johor (TMJ ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menaiki kenderaan rasmi memasuki Istana Pasir Pelangi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mei 2018 @ 12:12 PM