PENGERUSI Gabungan Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (empat dari kanan) bersama rakan-rakan Pakatan ketika mengadakan sidang media di Pejabat PAN Kedah di Stargate, semalam. Foto NSTP/AMRAN HAMID
PENGERUSI Gabungan Pakatan Harapan Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (empat dari kanan) bersama rakan-rakan Pakatan ketika mengadakan sidang media di Pejabat PAN Kedah di Stargate, semalam. Foto NSTP/AMRAN HAMID
Petah Wazzan Iskandar


MAJLIS pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit, Alor Setar berlangsung petang ini, selepas mendapat perkenan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Elmi Yusoff.

"Majlis terbabit akan diadakan di Istana Anak Bukit di sini, 3 petang," katanya, sebentar tadi.

Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menubuhkan kerajaan baharu di Kedah selepas memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Sehingga kini, calon Menteri Besar Kedah masih menjadi teka-teki apabila PH belum menetapkan individu yang bakal mengisi jawatan itu, walaupun nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir disebut sebagai calon utama.

Ada sumber menyatakan, PKR lebih berhak untuk kerusi Menteri Besar Kedah berikutan memiliki majoriti dengan lapan daripada 18 kerusi dimenangi PH, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lima kerusi, dua milik DAP dan Parti Amanah Negara (PAN), tiga.

Dalam keputusan PRU-14 Kedah yang dimuktamadkan awal pagi tadi, 18 kerusi diumum milik PKR, diikuti PAS dengan 15 kerusi dan Barisan Nasional (BN) tiga kerusi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mei 2018 @ 11:29 AM