Adie Suri Zulkefli; Suzalina Halid; Muhammad Mustakim Ramli dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman

BARISAN Nasional (BN) Perlis menamakan 10 muka baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam misi mempertahan negeri itu.

Pengumuman itu juga menyaksikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berpindah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh ke DUN Bintong.

Calon muka baharu berkenaan adalah seorang bagi kerusi Parlimen dan sembilan termasuk dua wanita bagi kerusi DUN.

Senarai yang diumumkan oleh Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga menyaksikan 10 penyandang digugurkan.

Bekas Senator yang juga Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Kangar, Ramli Sharif diumum sebagai calon muka baharu bagi kerusi Parlimen Kangar.

Manakala bagi calon muka baharu DUN pula Tee Chai Aan (Titi Tinggi), Rozaini Rais (Beseri), Siti Berenee Yahya (Mata Ayer), Azizan Sulaiman (Santan), Chuah Tian Hee (Indera Kayangan), Hamizan Hassan (Kayang), Roziena Ahmad (Pauh), Afifi Osman (Guar Sanji) dan Che Zaidi Saidin (Sanglang).

Shahidan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kekal di kerusi Parlimen Arau manakala adiknya, Datuk Ismail Kassim akan mempertahankan kerusi DUN Tambun Tulang.

Tiga penyandang yang dikekalkan adalah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Parlimen Padang Besar), Asmaiza Ahmad (DUN Chuping) dan Nurulhisham Yaacob (DUN Simpang Empat).

Calon lain yang membuat kemunculan semula pula adalah Azihani Ali di DUN Sena dan Datuk Azam Rashid di DUN Kuala Perlis.

Shahidan (tengah) bersama barisan calon BN pada PRU-14. FOTO Shahrizal Mohd Noor dan Azhar Ramli
Shahidan (tengah) bersama barisan calon BN pada PRU-14. FOTO Shahrizal Mohd Noor dan Azhar Ramli

.

SENARAI CALON BN PERLIS

.

P001: PADANG BESAR: Datuk Zahidi Zainul Abidin (penyandang)

N.01 Titi Tinggi: Teh Chai Aan (muka baharu)

N.02 Beseri: Rozaini Rais (muka baharu)

N.03 Chuping: Asmaiza Ahmad (penyandang)

N.04 Mata Ayer: Siti Berenee Yahya (muka baharu)

N.05 Santan: Azizan Sulaiman (muka baharu)

.

P002: KANGAR: Ramli Sharif (muka baharu)

N.06 Bintong: Datuk Seri Azlan Man

N.07 Sena: Azihani Ali

N.08 Indera Kayangan: Chuah Tian Hee (muka baharu)

N.09 Kuala Perlis: Datuk Azam Rashid

N.10 Kayang: Hamizan Hassan (muka baharu)

.

P003: ARAU: Datuk Seri Shahidan Kassim (penyandang)

N.11 Pauh: Rozieana Ahmad (muka baharu)

N.12 Tambun Tulang: Datuk Ismail Kassim (penyandang)

N.13 Guar Sanji: Afifi Osman (muka baharu)

N.14 Simpang Empat: Nurulhisham Yaakob (penyandang)

N.15 Sanglang: Che Zaidi Saidin (muka baharu)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 5:16 PM