(DARI kiri) Ketua Pemasaran (Prabayar dan Pascabayar) Celcom Axiata, Daren Victor, Azwan Khan, Ketua Penetapan Harga dan Pemasaran Runcit Celcom Axiata, Zuwairi Zakaria dan Pengurusan (FMC) Celcom Axiata, A'an Sriyani pada majlis Pelancaran Celcom Home Wireless di KL Convention Centre. -Foto ROSELA ISMAIL

Sri Ayu Kartika Amri

CELCOM Axiata Berhad, memperkenalkan Celcom Home Wireless, perkhidmatan jalur lebar dengan rangkaian 4G Celcom sebagai penyelesaian internet kediaman terbaik pada harga serendah RM74.20 sebulan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaannya, Azwan Khan Osman Khan berkata, Celcom terus fokus untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan memberi pengalaman internet yang hebat.

Katanya, pengguna boleh melanggan Celcom Home Wireless selama 24 bulan tanpa caj tambahan dan nikmati sambungan internet sehingga 64 peranti.

“Banyak kediaman di Malaysia masih belum mempunyai akses pada internet berkelajuan tinggi dan ini adalah pakej data terbesar yang ditawarkan melalui rangkaian 4G kami kepada rakyat Malaysia dengan nilai begitu hebat.

“Celcom Home Wireless ditawarkan pada harga berpatutan bersama ciri jalur lebar pasang dan pakai dengan data yang mewah,” katanya pada sidang media di majlis pelancaran Celcom Home Wireless di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 2:16 PM