MOHAMAD Saiful Ashnar krew kapal peninjau MV Ocean Geos yang terbakar di perairan Baram utara Sarawak. FOTO Ihsan pembaca
MOHAMAD Saiful Ashnar krew kapal peninjau MV Ocean Geos yang terbakar di perairan Baram utara Sarawak. FOTO Ihsan pembaca
Mohd Rizal Abdullah


OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa yang hilang dalam tragedi kebakaran kapal sokongan cari gali minyak MV Ocean Geos ditingkatkan dengan pencarian di dalam 'perut' kapal, hari ini.

Pengarah Maritim Daerah Miri(DM-13) Kapten Md Fauzi Othman berkata, empat pegawai bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri ditugaskan bagi mencari mangsa, Mohamad Saiful Ashnar, 31, di seluruh bahagian kapal berkenaan.

Menurutnya, pasukan berkenaan terdiri daripada mereka yang mahir dalam ancaman gas berikutan keadaan kapal yang terdedah dengan kebocoran gas beracun.

"Pencarian di kawasan perairan turut diteruskan dengan bantuan KD PAUS daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Kapal persendirian selain aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu KM SIAKAP dan PENGGALANG 23," katanya.

Kapal berkenaan kini berada kira-kira jarak lima batu nautika dari Tanjung Baram, Kuala Baram.

Kapal yang membawa 39 anak kapal itu dilaporkan terbakar pada 3 pagi semalam di Perairan Kuala Baram, kira-kira 10 kilometer dari Pantai Kuala Baram.

Dalam kejadian itu, dua anak kapal tercedera manakala 36 lagi selamat, manakala seorang masih hilang.

Berita berkaitan

Kapal Ocean Geos terbakar

[UPDATE] 1 hilang, 2 cedera, 36 selamat [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 April 2018 @ 11:37 AM