MAT rempit yang ditahan  dalam   Op Samseng Jalanan, semalam.
MAT rempit yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan, semalam.
Mohd Azam Shah Yaacob

Kuala Lumpur: Aksi berbahaya seperti ‘zig-zag’ dan ‘Superman’ dipersembahkan penunggang motosikal yang menjadikan Lebuhraya Persekutuan di sini, sebagai medan perlumbaan.

Bagaimanapun, tindakan mat rempit berusia 18 hingga 29 tahun itu mengundang padah apabila mereka ditahan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam operasi mengejut Op Samseng Jalanan dijalankan jam 3 pagi semalam.

Operasi dilakukan apabila sembilan lelaki terbabit dikesan berlumba di lebuh raya itu sejak jam 11 malam kelmarin.

Pengarah JSPT Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan sembilan lelaki terbabit yang dikesan berlumba sesama sendiri termasuk melakukan aksi ‘zig-zag’ dan ‘Superman’.

Katanya, sebelum ditahan semua mereka dikesan berlumba dengan melakukan satu pusingan perlumbaan bermula dari Kilometer (KM) 11.8 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang sebelum berpatah balik di KM11.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 11:32 AM