FOTO hiasan
FOTO hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


RAHSIA remaja perempuan yang dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki dikenali terbongkar selepas ibunya terbaca mesej dalam aplikasi Whatsapp pada telefon bimbit milik anaknya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ibu mangsa membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 3.29 petang, Rabu lalu.

“Berdasarkan laporan dibuat, mangsa, 15, memaklumkan dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki dikenali di Bandar Seri Putra, Kajang pada 8 Mac lalu.

“Hasil siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, kami menahan empat suspek di sebuah pangsapuri di Bangi pada 9 malam hari sama bagi membantu siasatan.

“Tiga daripada suspek adalah rakan sekolah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh empat suspek pada 10 malam 8 Mac lalu di sebuah pangsapuri ketika gadis itu melepak bersama mereka.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku seminggu lalu, namun hanya disedari ibu mangsa selepas terbaca mesej anaknya dengan salah seorang suspek dalam aplikasi Whatsapp alam telefon bimbit gadis terbabit.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa,” katanya.

Katanya, empat suspek berusia 14 hingga 21 tahun itu direman enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Mac 2018 @ 8:25 PM