Seramai 44 pelajar cemerlang yang mendapat A dalam  keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di Sekolah Menengah Agama Nilai. FOTO Hazreen Mohamad
Seramai 44 pelajar cemerlang yang mendapat A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di Sekolah Menengah Agama Nilai. FOTO Hazreen Mohamad
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


SERAMAI 458 orang atau 2.89 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 di negeri ini memperoleh semua A bagi semua mata pelajaran.

Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali berkata, 14 calon dari sembilan sekolah berjaya memperoleh A+ bagi semua mata pelajaran.

Katanya, pada tahun 2017 terdapat seramai 15,829 calon yang mengambil peperiksaan itu di sebanyak 115 sekolah, iaitu peningkatan sebanyak 677 berbanding 15,152 pada tahun sebelum itu.

“€œGred Purata Negeri (GPN) adalah 4.71 iaitu peningkatan sebanyak 0.08 mata berbanding pada tahun 2016 iaitu 4.79,”€ katanya pada sidang media di Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli.

Pkharuddin berkata, seramai 13,344 calon atau 84.3 peratus layak menerima sijil berbanding 12,997 atau 85.8 peratus pada tahun 2016.

Katanya, pencapaian GPN calon di bandar dan luar bandar masing meningkat sebanyak 0.11 mata dan 0.03 mata iaitu 4.65 dan 4.81.

“€œIni menunjukkan prestasi calon di bandar dan luar bandar semakin baik dengan jurang sebanyak 0.16 mata,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Mac 2018 @ 1:23 PM