Idris  (tengah) bersama peserta kursus NLP selepas menutup seminar.
Idris (tengah) bersama peserta kursus NLP selepas menutup seminar.
HM Digital

Kuala Terengganu: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan program Neuro Linguistic (NLP) kepada pensyarah institusi pendidikan di bawah kementerian itu bagi melahirkan tenaga pengajar berkualiti dan bermotivasi tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh dalam kenyataannya berkata, NLP yang banyak dilaksanakan di negara maju membantu melahirkan golongan pensyarah yang mahir dalam berkomunikasi dengan pelajar.

Beliau berkata, projek perintis itu disertai 100 pensyarah dan pegawai yang juga jurulatih NLP daripada kementerian, universiti awam, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (KKM) di KPT, semalam.

Katanya, seminar sehari itu menggunakan Model Kecemerlangan Diri dikendalikan pakar pelatih NLP dari Indonesia, Melly Puspita Sari.

Melly Puspita wanita tunggal ditauliahkan sebagai International Certified of NLP Master Trainer dari National Federation of NLP (NFNLP) di Florida, Amerika Syarikat.

Idris berkata, Melly Puspita berpengalaman luas dalam pelaksanaan model kecemerlangan kepada golongan pensyarah dan program motivasi ilmu keibubapaan di Indonesia.

“Seminar itu diadakan untuk perkongsian ilmu dan praktikal kepada semua peserta untuk mempelajari teknik kemahiran komunikasi secara berkesan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Mac 2018 @ 9:56 AM