RUMAH yang musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Cenderamata 2. FOTO ihsan Bomba
RUMAH yang musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Cenderamata 2. FOTO ihsan Bomba
Norasikin Daineh


LEBIH 20 rumah musnah dalam kebakaran di perkampungan atas air Kampung Cenderamata 2, Likas, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.25 pagi berhubung kejadian itu.

"Setakat maklumat awal, lebih 20 rumah terbakar di kawasan perkampungan atas air.

"Api berjaya dikawal pada 6.20 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dua pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi untuk memadam kebakaran.

"Seramai 32 pegawai dan anggota berada di lokasi bersama tujuh jentera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Mac 2018 @ 10:08 AM