Siti Sofia Md Nasir


PEMANDU lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Firdaus Saidon, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Muhamad Firdaus didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang bayi perempuan dikenali dengan nama Nurul Ain Umairah Muhammad, yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lahir pada 30 Disember lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah pada 10.45 pagi, 15 Februari lalu.

KEADAAN seorang daripada bayi kembar yang dilahirkan hanya memiliki rambut, mata dan telinga tanpa anggota badan di Tawau, hari ini. FOTO Nasrawati Syarifuddin
KEADAAN seorang daripada bayi kembar yang dilahirkan hanya memiliki rambut, mata dan telinga tanpa anggota badan di Tawau, hari ini. FOTO Nasrawati Syarifuddin

Bagi kesalahan itu, Muhamad Firdaus didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Muhamad Anas kemudian menetapkan 19 April depan bagi tarikh sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia dan forensik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan, manakala Muhamad Firdaus tidak diwakili peguam.

Berita berkaitan

Bayi malang selamat dikebumi

Duka seorang datuk

Jiran selalu dengar bayi menangis

Ibu bapa bayi 47 hari direman [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2018 @ 4:12 PM