ANGGOTA Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa mayat keempat Jeleha Hashim, 48 yang lemas di Jambatan Kampung Paya Jaras untuk proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. FOTO Zunnur Al Shafiq
ANGGOTA Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa mayat keempat Jeleha Hashim, 48 yang lemas di Jambatan Kampung Paya Jaras untuk proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. FOTO Zunnur Al Shafiq
Norizuan Samsuddin dan Nor Azizah Mokhtar


MAYAT pemancing keempat yang hilang ditemui oleh pasukan Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR), 3.45 petang tadi.

Mangsa ditemui berhampiran Desa Coalfields, Sungai Buloh, kira-kira 19 kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai Jeleha Hashim, 48.

Usaha mencari mangsa terakhir, Rapawi Jum'ada, 37, kini masih dijalankan.

Jurucakap bomba memaklumkan mayat Jeleha dibawa terus ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

"Operasi mencari akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemui,” katanya.

Mayat Jeleha adalah mayat keempat yang ditemui selepas mayat ketiga, Silawati Zailan ditemui pada 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, mayat dua mangsa, seorang lelaki warga Indonesia, dikenali sebagai Hashir, 38 tahun, dan Jamaluddin Rapawi, 14 tahun, masing-masing ditemui pada jam 9.51 malam tadi dan 1.26 pagi.

Berita berkaitan:

[UPDATE] Jumpa mayat mangsa ketiga

Sungai Gasi bahaya

Arwah anak yang baik

'Tunggu sini sampai jumpa kakak'

Pencarian diteruskan

[UPDATE] Jumpa mayat mangsa kedua

70 anggota cari 4 mangsa

Jumpa 7km dari lokasi hanyut

Terjun sungai, cuba selamatkan isteri

2 wanita antara 5 dikhuatiri lemas

7 pemancing dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2018 @ 5:39 PM