KEADAAN treler yang terbakar selepas terbabas, semalam.
KEADAAN treler yang terbakar selepas terbabas, semalam.
HM Digital

Banting: Seorang lelaki rentung selepas treler dipandunya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan di lebuh raya ELITE susur masuk ke Saujana Putra dari arah Putrajaya pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.56 pagi itu, mangsa, Norhisam Sahuri, 37, dipercayai memandu treler membawa muatan serbuk polimer.

‎ Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri berkata, kebakaran membabitkan bahagian hadapan treler.

‎“Ketika tiba di tempat kejadian, api marak di bahagian kepala treler,” katanya.

‎Alimaddia berkata, selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya, kerja pembersihan tumpahan minyak dan sisa kemalangan dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2018 @ 4:50 AM