MOHAMAD Kasbi meninggal dunia di kediamannya.
MOHAMAD Kasbi meninggal dunia di kediamannya.
Mohd Fahmi Mohd Yusof


BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Datuk Mohamad Kasbi, 72, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Baru Nong Chik, Johor Bahru, hari ini.

Abang ipar Allahyarham, Datuk Abd Rashid Kasman, memaklumkan Allahyarham meninggal dunia 2.30 pagi tadi.

"Jenazah akan disemadikan sebelum waktu Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff di sini," katanya.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

Allahyarham meninggalkan balu, Datin Rohaidah Buntat, dua anak lelaki dan empat perempuan serta 12 cucu.

Allahyarham menjadi ADUN Tanjung Puteri selama tinggal penggal iaitu mulai tahun 1990 sehingga 2004.

Allahyarham memulakan karier politik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru pada tahun 1976 dan pernah dilantik Setiausaha Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Johor dari tahun 2014 hingga 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Februari 2018 @ 11:39 AM