GELAGAT sebahagian peserta dan pengunjung pada pertandingan Liga Kucing Pantai Timur, semalam.
GELAGAT sebahagian peserta dan pengunjung pada pertandingan Liga Kucing Pantai Timur, semalam.
HM Digital

Kuantan: Kira-kira 100 pemilik kucing termasuk dari Kelantan dan Terengganu menyertai pertandingan Liga Kucing Pantai Timur di sini, semalam.

Pengurus pertandingan Fadli Abdul Rashad berkata, pertandingan yang dianjurkan Kelab Pencinta Kucing Pantai Timur serta beberapa badan korporat itu bertujuan mencari pemenang bagi kategori kucing terbaik seterusnya dihantar bagi menyertai pertandingan antarabangsa pada 2019.

“Pertandingan ini diadakan dengan dua kategori utama iaitu baka bulu pendek dan baka bulu panjang serta kategori anak kucing, kucing dewasa dan kucing yang dimandulkan.

“Ia dianjurkan secara liga dengan Kuantan menjadi lokasi pertama pertandingan ini sebelum ia mengambil tempat di Terengganu dan Kelantan.

“Ada lima pusingan serta satu pusingan akhir yang akan menobatkan kucing yang terbaik untuk dihantar ke pertandingan antarabangsa,” katanya di kompleks beli-belah Megamall, di sini, semalam.

Fadli berkata, pertandingan anjuran Kelab Pencinta Kucing Pantai Timur yang ditubuhkan sejak enam bulan lalu turut menarik penyertaan pemilik kucing baka terkenal seperti Bengal, Munchkin, Mainecoon, British Short Hair dan Parsi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 5:48 AM