SEORANG pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan wang tunai daripada beberapa syarikat perkhidmatan pengangkutan dan insurans pada 2015. Foto Muhammad Sulaiman
SEORANG pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan wang tunai daripada beberapa syarikat perkhidmatan pengangkutan dan insurans pada 2015. Foto Muhammad Sulaiman
Iskandar Shah Mohamed


SEORANG pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan wang tunai daripada beberapa syarikat perkhidmatan pengangkutan dan insurans pada 2015.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Roslizi Sulaiman di Mahkamah Majistret Klang, kira-kira 11 pagi tadi.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia hasil penahanan lelaki berusia 43 tahun di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira 2 petang semalam.

"Siasatan ke atas suspek masih dijalankan mengenai perbuatannya ketika berkhidmat Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor.

"Pegawai itu disyaki memperoleh wang suapan secara bulanan antara RM100 hingga RM1,800 daripada beberapa syarikat pembinaan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat itu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Kata sumber itu, tiga lelaki berusia 41, 45 dan 30 tahun yang juga pengurus beberapa syarikat turut direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seskyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 12:29 PM