NAJIB diiringi Wan Junaidi (kiri) melawat pameran sebelum merasmikan majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1. FOTO Fathil Asri
NAJIB diiringi Wan Junaidi (kiri) melawat pameran sebelum merasmikan majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1. FOTO Fathil Asri
Anwar Husin dan Nor Fazlina Abdul Rahim


PROJEK Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) fasa 1 yang membabitkan kos RM572 juta akan menyelesaikan masalah banjir di Kelantan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, projek berkenaan

yang bermula secara rasmi esok dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2021.

Katanya, menerusi projek Fasa 1 itu, dijangka 95,000 penduduk dari Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah dan Machang tidak perlu dipindahkan akibat banjir.

"Malah, infrastruktur dan harta benda awam di sepanjang 10 kilometer (km) tebing sungai membabitkan 150,000 penduduk dapat diselamatkan.

"Pada masa sama, projek berkenaan dipercayai dapat mengurangkan masalah banjir kilat akibat limpahan air sungai dan jumlah sampah dalam Sungai Pengkalan Chepa dapat dikurangkan setiap bulan sebanyak 5 tan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah PLSB yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan perlu dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan secara berfasa dengan kos keseluruhan sebanyak RM9.6 bilion.

"Namun bagi fasa 1, RM572 juta diperuntukkan dan fasa 2 akan dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) membabitkan kos RM2.16 bilion dan sebanyak RM6.87 bilion bagi fasa 3 yang dilaksanakan RMK-13.

"Secara umumnya, pelaksanaan infrastruktur terdiri daripada empat komponen utama iaitu komponen Rancangan Tebatan Banjir (RTB), ‘Living River’, Saliran Mesra Alam dan Water Balance," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan merangka beberapa siri kerjasama bagi memastikan projek berkenaan dilaksanakan dengan jaya sebagaimana terkandung dalam Program Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Keterangan gambar

NAJIB bersalaman dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad sebaik tiba di Majlis Pecah Tanah PLSB di Dataran JPS Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini. Pix by Fathil Asri (system)

#kwMajlis Pecah Tanah PLSB, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

#loc 6.1167854999999998, 102.27768380000001

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2018 @ 11:03 AM