ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran rumah Che Ah Ahmad, 73. Foto ihsan bomba.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran rumah Che Ah Ahmad, 73. Foto ihsan bomba.
Zuliaty Zulkiffli


WARGA emas, Che Ah Ahmad, 73, diselamatkan orang ramai selepas rumahnya di Kampung Teluk Malik, Seberang, Jitra musnah dalam kebakaran, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran 7.11 pagi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dikerah ke lokasi.

“Tiba di lokasi, kami dapati rumah itu hampir musnah keseluruhannya.

“Warga emas dalam rumah itu diselamatkan orang ramai dan api dapat dikawal 7.48 pagi,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 11:45 AM