Kamalanathan bersama 24 guru  yang mengikuti program pada Perasmian Program Rintis Global School Leaders Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman.
Kamalanathan bersama 24 guru yang mengikuti program pada Perasmian Program Rintis Global School Leaders Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman.
HM Digital

Klang: Bagi memantapkan kepemimpinan guru, 24 sekolah yang diwakili guru besar, pengetua dan guru penolong kanan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menyertai program rintis Global School Leaders (GSL) Malaysia.

Program dua tahun itu bertujuan menyediakan pembangunan profesional secara berterusan dan menjadi antara cara menarik perhatian murid terhadap guru sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, program itu kali pertama membabitkan kerjasama antara kementerian dengan GSL Malaysia bagi memberi latihan dan penanda aras pengetua atau guru besar menambah baik kepemimpinan mereka.

“Mereka melalui satu proses kepemimpinan yang dibuat kementerian dan menjadi syarat pertama untuk menjadi guru besar dan pengetua.

“Program ini dilihat memberi impak positif dan menambah baik mutu atau pencapaian sekolah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program itu di Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah GSL Malaysia Cheryl Ann Fernado berkata, seramai 75 wakil pemimpin guru sekolah menghadiri program membabitkan bengkel bulanan dan sesi bimbingan.

“Pelaksanaan bengkel yang dikaji 10 bulan memberi fokus cara memimpin dan pengurusan lebih baik.

“Kami percaya sekolah yang menyertainya berupaya mempelajari dan memperoleh strategi kepemimpinan baru,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 3:56 AM