KAMALANATHAN beramah mesra dengan murid tahun satu.
KAMALANATHAN beramah mesra dengan murid tahun satu.
Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Kerajaan memperuntukkan RM216 juta bagi pembinaan 37 sekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT) di seluruh negara yang dilaksanakan menerusi Pakej Rancangan Khas disediakan pada 2012.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata, pakej pembangunan bermula 2014 itu dilaksanakan 37 kontraktor dengan pembinaan merangkumi bangunan yang sudah siap, selain menunggu Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Dalam Pakej Rancangan Khas 2012, kita ada 39 sekolah iaitu 37 termasuk dalam pakej rancangan khas dan dua sekolah lain pula dalam jangkaan pembangunan.

“Hampir 12 sekolah sudah selesai dilaksanakan dan bangunan sekolah itu sudah mula digunakan serta dalam operasi, manakala empat sekolah sudah siap dibina dan menunggu CCC, selain lapan sekolah lagi menunggu CCC daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 January 2018 @ 3:15 AM